BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
;

Followers

Monday, August 3, 2009

H1N1 DI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Berita terbaru di MBPJ....

Baru tadi aku dpt tau yang tmpt keje aku dah ada staff yang kene H1N1... Serta merta semua kakitangan kena pakai mask (penutup mulut)... aku rasa takut sangat2 tau.... mana x nya.. bkn nya makin kurang, malah makin ramai plak yang kena virus nie... ye la, ramai orang yang kena kuarantin, tapi dok sibuk g shopping, jd serta merta merebak lah virus tu, betul x ??? bkn nak mengata, tp inilah lumrah manusia.... malah yang paling sy kesian kalu baby yang kena, bkn apa baby tu baru nak rasa hidup kat dunia nie... dah kena virus... sian sgt kan... apa2 pun, tolong lah jaga kebersihan diri dan persekitaran... lebih baik dok rumah jer... x yah kuar kalu xder perkara yang penting... bkn apa, saje nak mengingatkan....

Sekian, wassalam....

Thursday, July 9, 2009

FAKTA MENGENAI SENGGUGUT.....

Kamu mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Dan ia membuatkan kamu betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku kamu mungkin nak tinggal di rumah saja dan tidak mahu pergi ke sekolah atau kerja.

Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:

Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:

Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.

Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:

Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.

Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.


Untuk keterangan lebih lanjut sila klik KOTEX

Friday, July 3, 2009

JOM KAWAN-KAWAN..... JANGAN MALAS.......




HAI KAWAN-KAWAN....
TAK SANGKA SEKEJAP JER RASA KAN CUTI SEMESTER NIE...
MINGGU DEPAN DAH NAK MASUK KELAS BALIK....
NAMPAK NYA BERTAMBAH LETIH SEMULA MACAM ARI TU...
BALIK KEJE PASTU PEGI KELAS PLAK.... HahaHa...
Fuhhhh MESTI PENAT NYER LA....

TAPI BEST JUGAK TAU,
SEBAB APA.. DAH LAMA TAK JUMPA KAWAN-KAWAN...
RINDU PLAK RASA NYER...
JADI AKU NAK MINTA MAAF KAT SEMUA ORANG LAH
TERMASUK LAH ORANG TU.......
YER LA, NAK DAPATKAN ILMU BIAR LAH DENGAN HATI DAN FIKIRAN YANG BERSIH, BETUL TAK????

JADI, MAAFKANLAH SAYA JIKA ADA MENGGURISKAN HATI SESIAPA....
HARAP MAAF DARI SEMUA PIHAK...
APA-APA PUN SELAMAT KEMBALI KE IPT YE KAWAN-KAWAN...
DON'T BE LAZY OK!!!!!!


*Kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur’an : “(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS. Ali ‘Imraan [3]:134)*

SEKIAN DARI SAYA....

Thursday, July 2, 2009

....... HANGATNYA CINTA.............

Sering aku merindu
Rindu pada dirimu
Sering aku teringat
Teringatkan dirimu

Walau waktu/musim berlalu
Kau masih di hati
Sentiasa wajahmu
Bermain di mata

Betapa indahnya cinta
Engkau dan aku
Tak mungkin ku lupakan

Engkau masih ku sayang
Sayang seperti dulu
Cinta mu di hati ku
Masih seharum dulu

Bersama kita rasa
Suka dukanya bercinta
Sedang hangatnya cinta
Kita pun berjanji setia
Di antara kita
Tidak rela berpisah
Demi kerana cinta

( 6 )
Apapun terjadi
Kau tetap ku cinta
Kerana cintamu abadi di hatiku
Apa pun terjadi
Pulanglah sayangku/padaku
Kerana kau kekasihku

( 7 )
Adat orang bercinta
Semuanya indah saja
Bila sudah kecewa
Sungguh pahit terasa

( ulang 1 hingga 6 )

Alangkah indahnya
Jika kau dan aku
Saling menyayangi/memahami dan
Saling setia
Betapa rindunya/indahnya
Di dalam hatiku
Kasih dan sayang

Friday, June 26, 2009

JALAN-JALAN KE SARAWAK

Hai kawan2.. nie fiza nak story sikit tentang lawatan bercuti bersama keluarga ke Sarawak, Setelah menaiki kapal terbang selama 1jam 45 minit, tibalah Lapangan Terbang... Nie first time aku ke sarawak.. seronok tau bile kite jalan-jalan di negeri orang. Banyak tempat boleh kite kunjungi.. Biasa lah di tempat orang, mesti shopping sakan nyer... tapi fiza tak borong banyak pun, just beli cenderamata untuk kawan2 di opis. Tempat2 yang aku lawati adalah............



Seorang pekerja kedai sedang membuat pasu.... Pasu-pasu sarawak teramat cantik, rambang mata nak pilih tau...... hehe



salah satu pasu yang amat aku suka.... tapi sayang, belum siap sepenuhnya..... hehehe



haaa nak tau macam mana kek lapis dibuat.. haaa nie la salah satu cara nya kek lapis.. gambar diatas tu adalah kek lapis asam, sedang dibuat..... sedap tau... rugi tak beli.....





pemandangan diwaktu malam....









haaaa inilah bandar kuching...



salah satu bangunan yang cukup unik...



ketika kami berada di menara



salah satu perkampungan di tepi sungai sarawak

Itulah beberapa gambar yang sempat fiza tangkap... kenangan di Sarawak bersama keluarga tak dapat fiza lupakan.... Rasa macam tak nak balik pun ada tau.... Haaa apa lagi bawa lah keluarga kawan2 ke sini, best tau..... sekian... wassalam..




Thursday, June 25, 2009

Lawatan Ke Zoo Negara

Sedang kesibukan bekerja seharian serta menghadiri kelas, ada kala rasa tension sangat, dan serabut otak dibuatnya.... Suatu hari tu, saya ajak teman melawat Zoo Negara, best tau, sebab dapat kite dapat tenangkan fikiran, dapat melihat keindahan ciptaan Allah SWT... yang paling best kan, dapat tengok binatang yang xpernah kite lihat, alaaa takat tengok dalam tv wat per kan... nie saya dapat lihat dengan mata saya sendiri.. real woooo... Jadi saksikanlah keindahan flora dan fauna di Zoo Negara...



Ketika kami di pintu masuk ZOO NEGARA





Haiwan nie malu nak tangkap gambar.... hehehe



Banyakkan burung bangau.....



kura-kura terbesar di dunia.... tak larat nak jalan dah.... hehehe



Harimau yang garang lagi ganas.....



Singa yang sedang memerhati gerak geri mangsa untuk djadikan santapan.... hehehe


Dan.... banyak lah lagi gambar-gambar keindahan ciptaan-NYA.... Kawan-kawan yang ada masa terluang, bawalah keluarga, ana-anak anda ke sini.. banyak perkara yang dapat kite pelajari... Sekian dari saya... Wassalam.....